Monday, May 14, 2018

Fiction #1

"kau piyed ke ?"

"kenapa ?"

"saja tanya. jawab jelah."

"lelaki ni memang suka sebok eh."

"takyah nak acah sangat la. kau kembar aku. sukati aku la nak tau."

"ha ye. second day. nape ?"

"aku nampak kau solat subuh separuh jalan pagi tadi. ingat kau mamai."

"hahahaha haah aku lupa aku takleh solat. bengong 😂"

.......

"Mal... dah nak ramadhan. hmm."

"kenapa ? taksuka ?"

"eh kau ni. takde ah. teruknya aku camtu."

"dah tu ?"

"........"

"takut tak sampai ?"

"tak jugak. takdelah yakin sangat tapi insyaAllah, harap sampai la kan.."

"habis tu kau kenapa ni. jeles ke takdapat first ramadhan. hehe. sape suruh period."

*ketuk kepala Iqmal*
"nak kata tak bijak, umur da doploh."

"hehe."

"aku... takut ah. dah ramadhan ke-20 do. aku still cam blur taktau nak utilize macam mana."

"maksud kau ?"

"entahlah. everytime ramadhan is coming, aku mesti rasa aku kena buat something. something more. something better. aku rasa ada benda yang aku kena cari, tapi aku taktau apa. makin besar makin rasa....."

"ha dah dah Lia. aku gerak lu. mama suruh pergi kedai. kau gi tido la. kau period ni tu yg kelaut fikir ni. malas aku nak layan. emosi dah okay nanti kita borak balik. BAI!"

"tak guna punya abang. eeeiiii."

.....

"hmmm," Amylia sambung termenung.



dua hari lagi.


______________________________



Amylia scrolling handphone. Dari WhatsApp, ke Instagram, dari checking IGstory orang, ke explore, lepastu scroll feed kdramafeed, and then beralih ke jdoramacafe. Tiba-tiba escalate ke Ust Hanan Attaki, lepastu Tun M.... Merata-rata dia menjelajah. Tapi fizikalnya pegun, dah sejam atas katil.

Unproductive. But she's got nothing to do. Well, there's always something to do,
but that's just her-- bad at starting things.


'Dah nak Ramadhan. Apa aku nak buat ?'
Monolog sama bermain-main dalam benaknya.


Nervous. Dia takut sebenarnya.
Tapi, takutkan apa ?





No comments: