Sunday, August 27, 2017

Aitai.



"Kau tau aku sayang kau kan ?"

.............

Dianya terlalu tahu.



Bagi dia, sayang itu percaya.
Bila dikata sayang, serupa saja dicurahkan segala yakin di hatinya.


Aku mahu kau jaga diri.
Aku mahu kau terlindungi Ilahi.
Aku tak boleh tengok kau sedih tanpa aku tersedih sekali.


Sayang yang terlalu susah nak diberi tu, dirisikokan untuk dia kerana tingginya rasa kasih padanya.


Aku mahu kau faham sayang aku pada kau bukan sayang biasa-biasa.


Menyayangi kau adalah racun untuk aku.

Tapi consuming racun tu, aku yang pilih.


Aku tahu there will come a time-- aku kecewa.
Aku tahu mungkin kita tak serasa yang sama.
Aku tahu hidup dan keputusan kau bukan hak aku untuk dictate yang mana-mana.

Aku tahu kau manusia. Aku pun manusia. 
Sekali atau dua akhirnya, kita akan saling mengecewakan antara kita.

Sebab kita hidup atas dunia-- yang mana takkan terjumpa disini bahagia yang kekal lama.


Aku tahu kau manusia biasa.
Kau kena tahu jugak yang; aku pun sama.


Aku pun ada masanya duka.
Aku pun boleh kecewa.
Aku tak memahami sentiasa.
Aku ada perasaan aku juga.


Jangan persoal kenapa aku tak tanya.
Aku pun ada hak untuk jauhi diri aku dari perkara yang yang buat aku luka.



Dianya terlalu sangat cinta dan percayakan dia.
That it gets too heavy.
The friction becomes too coarse.

Calar.


Tapi dia tak salahkan apa-apa.


Sebab dia tahu kasih itu risiko.
Dan risiko itu, dia yang pilih.

.......................

Aku sayang kau, dan sayang tu takkan pernah tak ada.








"I was dying to hear it from you. But you wanted me to ask. So I did.
But you said 'later' and left me unanswered.

Now let's not talk abt this at all.
I don't wanna know. I just don't anymore-- care."







My love is you. And it's my turn to face heartbreak.
Let's just say I now need my healing time like you did.





.......................

Kau tak hilang aku.
Aku boleh dengar. Aku boleh baca.
It's a given I'm a listener.

Tapi jangan minta aku tanya.

No comments: