Friday, August 12, 2016

#3 Thoughts.

Kau sibuk dok jeles orang yang duduk tempat baik.
Tempat best.
Dikelilingi orang yang baik-baik.
Suasana deen terjaga.

Cuba lah kau sedar.
Cuba pandang dari sudut mensyukuri kurnia Allah.

Tempat kau duduk sekarang ni memanglah suasananya tak se-dini mana.
Tapi bukan buruk semua.

Kau lupa.
Padahal kau boleh jadi ditaraf lebih hebat dari mereka --
Kalau ditengah kekusutan umat manusia alpa ni ;
Kau jadi lebih perkasa.
Kau terus kawal diri dan menjaga.
Kau jadi yang mengingatkan mereka yang leka.

Jadi yang tak gugah iman walau sentiasa dihimpit lalainya dunia.
Yang tetap menjaga diri walau jiwa kau asing dari mereka.

Ujian yang lagi susah, bukan ke biasanya lagi tinggi markah ?

So mana kau nak ?

Terus bersendu manja,
atau bangun gagah dan jadi lebih kuat tempuh arus dunia ?

Kau sorang je yang boleh decide apa nak jadi dalam hidup kau.

Yakinlah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Kalau tetap pendirian kau nak kuat demi agama,
Takde sebabnya Allah nak sekat bantuan untuk kau dari Dia.

Yakinlah.
Pemurah Allah tu mengatasi segala.


No comments: