Friday, June 22, 2018

Nenda pergi.

19 Jun 2018, 8.40pm

"Amalina.."

"Ya Ibu ?"

"Nenek dah tak ada. Siap-siap barang, kita nak balik Melaka."
Jelas pilu dalam getar suara Ibu.


Diam.

Aku taktahu patut react macam mana.

----------


Nenda pergi.
Piatulah kedua Ibu dan Ayahku kini.

Aku lihat lega dan puas  dalam perkabungan saudara-maraku. Lega mungkin kerana pemergian nenda mengakhiri sakit dunia. Puas mungkin kerana telah berkesempatan berbakti setinggi daya untuk menjaga nenda hingga ke nafas terakhirnya.

Innalillahi wainnailaihi raji'un.


Aku tak begitu rapat dengan Almarhumah. Jujur aku katakan, kehilangannya tidaklah terlalu aku rasai. Kenangan aku tak banyak dengan dia. Waktu kecil je. Besar ni aku jarang balik. Call pun tak ada.

Tapi kematian adalah satu peringatan.

Pertama kali aku saksikan dari awal— nenek dimandi, dikafan, disolat hingga dibawa turun ke liang lahad, Talkin akhir aku dengar dengan sempurna.

Pergi. Dia betul-betul pergi, dan tak mungkin balik rumah lagi.


Kematian itu peringatan.


Terbayang tubuh aku yang aku kata kuat ni. Yang mampu aku lakukan semuanya sendiri. Mampu bangun dan berlari. Masih aku hias dengan pakaian cantik-cantik dengan harga ratus-ratus untuk kepuasan sendiri.

Akan sampai masa, aku akan tinggalkan semua ni. Perhiasan dunia, kudrat dan daya; once aku mati, semua ni tak ada. Mandi pun orang lain yang uruskan. Hari itu tiada aurat, terbukalah segala yang aku tersembunyikan. Aku tak suka dipegang-pegang, tapi hari itu, tangan-tangan orang lain yang membersih dan uruskan aku.


Kematian itu peringatan.


Yang mengingatkan nilai keberadaan dunia takkan lagi ada nilai di alam sana. Tak ada apa pun yang dapat dibawa.


Kematian tu suatu peringatan.


Saat ini mungkin bukan masa kita. Tapi kita akan pergi, kita pun akan mati. Sama seperti makhluq² yang lain.


Ibu Ayah akan pergi. Adik-beradik dan keluarga akan pergi. Teman-teman akan pergi. Sebelum atau selepas kita?— Allah je tau.


Kematian adalah sesuatu yang mengingatkan.


Mati bukan suatu hukuman.
Tapi suatu pelepasan.

Pelepasan dari kehidupan dunia yang beracun penuh penipuan.


Aku akan pergi juga.
Dan aku harap saat itu, tiada penyesalan untuk tinggalkan dunia.
Moga saat itu, aku tenang kerana dapat berehat dari racun dunia akhirnya.

-----------


Moga nenek bahagia di alam sana.
Al-fatihah.

*

2012 - Hj Daud bin Said
2013 - Hjh Norliah bt. Idrus
2014 - Hj Mohd Sani Md Rahim
2018 - Hjh Saadiah bt Kassim


Itterasshai. 🙏

Wednesday, June 6, 2018

Fiction #2

*Allahuakbar Allahuakbar....*
Azan maghrib berkumandang.

Malam itu Amylia berbuka puasa dengan Mama dan Ayahnya saja. Iqmal balik lambat, Maghrib dulu di tempat kerja krn takut tersangkut ditengah jammed dalam perjalanan pulang ke rumah pula.

"Lia... Buah dulu," tegur Ayah melihatkan Lia yang laju meneguk air bandung soda yang Mama bancuh untuk iftar malam itu.


'Hmmm..' Lia sambut kurma yang Mama hulur lepas berjaya 'curi' seteguk air. 
Dia bukan saja taknak makan kurma dulu. Tapi haus sangat... Penat kot, dia yang masak menu malam tu.


"Ayah, Ayah tau tak, sunnah sebenarnya bukan berbuka dengan kurma... tapi berbuka dengan apa-apa yang manis."

Baru saja Ayah Amylia nak balas, dia dah sambung, "Kan Lia berbuka dengan Ayah. Cukup manis dah la nii.. Kan Mama ?" gurau Lia.

Mama ketawa kecil. Ayah jeling. Sambil mengukir senyum, beliau membalas, "Banyaklah kau."


-----------------------------


Selepas solat Maghrib, Amylia capai Al-Quran utk sambung bacaan. Dah Ramadhan ke-22. Dia baru juzuk 10. Tahun ni takde target nak khatam, kononnya. Baru saja nak mulakan bacaan, pintu biliknya diketuk, Iqmal masuk.


"Oi, buatpe ?"

"Mengaji la. Nak apa ? Kau baru sampai ke ?"

"Ha'ah. Lia... lapar la. Nak makan."

"Lapar pergi la makan kat dapur tu."

"Teman laa. Tolong servekan untuk aku. Hargai la masa aku still ada dengan kau ni. Nanti aku kawin kau rindu pulak."

"Err ada ke orang nak kawin dengan kau ? Eiiii kau ni kacau ah aku baru nak ngaji ni."

"Ala dah dah jom laaaaaa!" Iqmal tarik tangan Lia, heret dia ke dapur.


***


"WAAA SAMBAL AYAM!"
Bersinar mata Iqmal. Sambal ayam tu macam lauk feveret semua orang la dalam family tu. Mama memang masak sedap, masak apa pun sedap. Tapi semangat semua orang bila nampak sambal ayam tu... memang WAW la.


"........Harini aku masak."


"Ni ? Kau masak ni ?"


"Sambal ayam, sayur tu pun aku yang goreng. Kalau masin ke tawar sori la. Puasa en, takleh nak test rasa. Nasi pun aku masak jugak hehehehe."


"Wuyo0o0o0. Okay gak. Ni memang dari tumis awal pun kau buat ke, kau tolong kacau-kacau je ?"


"Ish aku kata aku masak, aku la yang buat semua. Dari bersihkan ayam, kunyit goreng semua la. Annoying betul mamat ni."


"Ooohhh, haa boleh pun masak. Malas tak malas je kau ni."


"Eh ni bukan festaim aku masak eh. Sepuk muka kau kang."




Memang bukan satu perkara yang biasa untuk Lia masak. Sebab Ayah sangat memilih makan, dan hanya nak makan masakan Mama. So peluang Lia nak masak cuma time Ayah outstation je. Bila Ayah outstation pula, Mama masak yang simple2, sebab takde orang nak makan katanya. So basically, Lia memang sangat jarang masak. Bukan tak reti, cuma tak berpeluang. 




"Ayah cakap apa ?" tanya Iqmal, masing-masing tahu cerewet Ayah macamana.


"Tak cakap apa-apa. Sedih jugak aku. Hahaha. But on one side, mungkin dia tak perasan. So I could say I passed his level la, mungkin hampir sama sangat dengan rasa Mama masak.


"Hahaha. Yelah tu kot. Tapi aku rasa ada lain sikit. Aku boleh cam laa bukan Mama punya air tangan ni."


"That makes it even better. Means I'm good enough to have my own signature! Hahaha."


"Whateveeeerrrrrrrrr," Iqmal malas layan. Dahla lapar ni, banyak pulak cakap.


........



"Hmmm..."


"Hmm ?"


"Banyak pahala Mama kan. Ramadhan ni je everyday at least 3 kali ganda pahala puasa dia."


"Mmmmmm, maksud ?"


"Remember that one hadith pasal beri makan untuk orang puasa ?"


"Ohh I know. 'Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun'. Maksud kau, Mama dapat pahala puasa kau, aku dengan Ayah la en."


"Haaa yes. Power gila en. Banyak do pahala Mama. Ishh. Aku ni, terawih 8 je. Ngaji tak khatam. Jeles oh dengan Mama. Dia baru sekali skip terawih 20 tahun ni."


"Sebab tu kau masak harini ?"


"Haha. Hmmm boleh la, sebab tu kot."


"Jahat do kau, curi peluang pahala Mama. Aku bagitau Mama."


"Kepala hotak kau. =.="



-----------------------------------------------------------------------------



Allah, kadang kami sibuk mencari kebaikan diluar,
sibuk mencari ruang dan peluang untuk berbuat amal,
untuk kononnya menabur keringat 'pejuang muda agama',

sedang kami alpa--
ruang itu terbentang di depan mata.

Kami lupa,
yang baik itu harusnya mula dari diri, terhadap keluarga.

Kami didik diri buka mata untuk bantu dunia,
sedang hati kami lupa untuk berbudi demi manfaat rumahtangga.


Ramadhan ke-22.